Nuffnang

Nuffnang

Entri Terpopular

April 24, 2015

REVIEW: AVENGERS - AGE OF ULTRON


Filem Age of Ultron mengisahkan tentang kesinambungan superhero-superhero dari filem The Avengers sebelum ini.

Cokmar hikmat Loki menjadi rebutan di antara Pasukan Avengers yang kini tidak lagi dibawah naungan pasukan S.H.I.E.L.D.S, dan dikoordinasi kebanyakannya oleh Tony Stark melalui kepandaiannya dan kelebihan infrastruktur dan gadget yang dia ada.




Walaubagaimanapun, kini musuh Avengers adalah ciptaan mereka sendiri terutamanya Tony Stark yang pada mulanya ingin membina pasukan robot untuk mempertahankan dunia tetapi telah ditakluk oleh kepintaran buatan dari cokmar Loki.

Kemunculan dua kembar yang mempunyai kuasa, Pietro dan Wanda menambah lagi beban Avengers untuk menyaingi Ultron.

Di dalam filem ini banyak dihidangkan aksi-aksi berlawan yang cukup hebat dan mendebarkan. Turut serta adalah versi-versi baharu Iron Man "Hulkbuster" yang berupaya melawan Hulk sendiri!

Filem ini juga menyelitkan sub-plot menarik seperti percintaan Bruce Banner dan Natalia Romanoff. Apa yang amat menarik ialah masa hadapan kelangsungan hubungan mereka. Selain itu, kita juga bakal mengenali keluarga Hawkeye atau Clint Barton yang aman dan lengkap. Ia menjadikan hidup Hawkeye seolah-olah lengkap tak seperti superhero-superhero lain yang lebih berkuasa seperti Iron Man, Thor, Hulk dan Captain America yang tidak mempunyai keluarga yang menyokong mereka. 

Secara keseluruhannya, filem Age of Ultron tidak menghampakan walaupun ianya tidaklah sehebat The Avengers. Plot utama yang segar dan sub plot yang menarik di samping babak-babak pertarungan yang hebat menjadi daya penarik filem ini. Kesan-kesan khas yang "flawless" berjaya ditampilkan membuatkan pertarungan-pertarungan yang ditampilkan nampak "real".

Cuma lakonan Scarlett Johanson yang melakonkan watak Black Widow ketika babak percintaan agak kaku dan tidak berapa berkesan terutama ketika babak intimnya bersama David Banner lakonan Mark Ruffalo.

Di samping itu Age of Ultron menyajikan lokasi-lokasi menarik di seluruh dunia seperti Korea, Itali dan Bangladesh.

Saksikan filem Age of Ultron yang mula di tayangkan di pawagam bermula 23 April ini.

MIA AHMAD PELAKON KAYU?




Ramai yang kini meminati drama bersiri Hati Perempuan yang ditayangkan di stesen TV TV3 waktu petang.

Atas sebab itu, pelakon utama drama tersebut iaitu Mia Ahmad juga kini menjadi sebutan para peminat. Gandingannya bersama hero Malaya baru Syarul Ridzwan nampaknya serasi.

Namun, ada juga yang mengatakan bahawa lakonan Mia Ahmad kadang-kadang kaku...

Adoii..dia kan pelakon baru..bagi la dia peluang..tapi ramai je tak sabar-sabar balik ofis nak tengok cerita tu kan?

Apa  pun setiap kritikan yang dilemparkan kami harap Mia Ahmad dapat menerimanya secara positif.

Berikut adalah biodata Mia Ahmad.


Nama penuh: Shamiha Binti Ahmad Baderi
Nama Popular: Mia Ahmad
Umur: 27 Tahun (2015)
Asal: Taiping, Perak
Twitter: https://twitter.com/miaahmad
Instagram: https://instagram.com/mia.ahmad
Facebook: https://www.facebook.com/miaahmadofficial
Kerjaya : Model Freelance, Model Iklan & Pelakon
Pendidikan: SMK (P) Treacher Methodist, Taiping
Drama & Telefilem: Romi Cinta Julia, Rindu Awak 200%, Atie Setan, Ku Tak Rela, Hati Perempuan

*foto-foto di dalam posting ini adalah dari akaun instagram Mia Ahmad di https://instagram.com/mia.ahmad

April 18, 2015

TRAILER STAR WARS TERBARU MEMANG AWESOME!!


Berjuta-juta peminat filem Star Wars teruja apabila teaser kedua filem terbaru Star Wars iaitu Star Wars: Force Awaken ditayangkan di laman sosial Youtube 16 April yang lepas.

Apa yang mengejutkan para peminat adalah kemunculan watak Han Solo dan Chewbacca lakonan pelakon asal Harrison Ford dan Peter Mayhew di dalam trailer berkenaan. Kemunculan mereka termasuk pelakon-pelakon asal yang lain seperti Mark Hamill (Luke Skywalker) dan Carrie Fisher (Princess Leia) adalah kali pertama selepas tiga trilogi Star Wars iaitu The Phantom Menace, Clone Wars dan Revence of the Sith tanpa kemunculan mereka. 

Jom layan trailer Star Wars: The Force Awaken



April 16, 2015

TAMAN TEMA BOBOIBOY SEDANG DIBINA DI PERAK!!



Waahh..mesti syok orang di Perak khasnya apabila sebuah taman tema berdasarkan animasi sedang dibina di Perak.


Taman tema animasi yang dikatakan pertama di Asia ini akan mempunyai tarikan utama dari siri animasi tempatan iaitu Boboiboy!

Terdapat juga tarikan permainan berasaskan animasi-animasi lain terutama dari produksi Dreamworks Animation seperti The Croods, Megamind dan banyak lagi..

Taman tema ini akan siap pada 2016. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web rasmi MAPS DI SINI

Video berikutnya memaparkan tarikan-tarikan dari siri Boboiboy yang akan berada di taman teman animasi atau MAPS ini:


April 14, 2015

THE TRANSPORTER KEMBALI!!



Setelah tiga filem Transporter yang dilakonan oleh Jason Statham telah menyinggah di panggung..

Kini ia kembali!

Filem The Transporter kembali dengan sekuel keempat yang diberi tajuk The Transporter Refueled.
Filem ini merupakan penjenamaan semula bagi filem The Transporter yang lalu. 

Walaubagaimanapun, watak Frank Martin yang dilakonkan oleh Jason Statham telah digantikan dengan pelakon baru iaitu Ed Skrein, seorang pelakon yang meningkat naik di England. Beliau pernah berlakon The Sweeney dan juga siri TV popular Games of Thrones musim ke-3.

Pasti persoalan-persoalan seperti, setandingkah lakonan serta aksi Ed Skrein seperti Jason Statham? Mantapkah adegan-adegan aksi filem ini seperti filem Transporter sebelum ini?

Sebelum itu..ikuti trailer The Transporter Refueled...filem ini akan ditayangkan bermula Jun 2015.

April 5, 2015

REVIEW: CICAKMAN 3


Cicakman 3 adalah sebuah filem adiwira yang cukup resepi: aksi, konflik kekeluargaan dan kesan khas menarik.

Adegan-adegan Cicakman 3 dibikin memang untuk menyamai gaya filem-filem aksi dan superhero Hollywood. "Iklim" Metrofulus yang bercuaca sejuk dan juga shot-shot latar dari bandar-bandar luar negara (kebanyakan dari Amerika Syarikat) menjadikan Metrofulus memang seperti bandar-bandar seperti New York atau San Francisco. Pujian untuk pereka set dan juga pakaian!

Lakonan aksi dalam Cicakman 3 juga tidak mengecewakan dengan penggunaan team lagak ngeri dari Thailand menghidukan babak-babak pertarungan.



Lawak-lawak yang ditonjolkan pon agak menjadi terutama lawak dari Jojo lakonan Bell Ngasri. Walaubagaimanapun lawak yang ditonjolkan agak lucah walaupun tidak keterlaluan tetapi ia  tidak sesuai untuk tontonan kanak-kanak.

SuperBro!

Superbro boleh dikatakan "villain" yang paling berjaya ditonjolkan di dalam filem-filem Cicakman.
Tiada over-acting! Dan Fizz Fairuz melakukannya dengan penuh gaya!! 
Kostum dan gaya Superbro juga tampak meyakinkan.


Apa yang agak kurang dalam filem Cicakman 3 adalah babak-babak yang asyik-asyik memaparkan golongan mak nyah atau bapok!! Selain itu, beberapa dialog kotor dan lucah juga digunakan dalam filem ini yang dirasakan tidak sesuai untuk kanak-kanak
1) Babak rompakan senjata prototaip tentera oleh sekumpulan Mak Nyah.
2) Bapok berbadan gempal menari tiang
3) Terdapat bapok di Kelab malam Buluh Inn
4) Jojo (Bell Ngasri) sering mengucapkan dialog-dialog kotor berbaur gay

Babak-babak yang harus dinantikan di dalam Cicakman 3!
1) Kemunculan Superbro di awal filem
2) Babak duet spontan oleh Lisa Surihani dan Zizan menyanyikan lagi "Pakai Buang" yang dinyanyikan oleh Stacy


Satu usaha yang baik dari KRU Studios mengangkat filem bertemakan superhero tempatan yang memang jarang-jarang kita dapat tonton akibat dari lambakan filem-filem bertemakan cinta, hantu dan gangster. 
Walaubagaimanapun, KRU Studios juga harus lebih "membersihkan" filem mereka dari elemen-elemen yang negatif seperti paparan melampau golongan mak nyah, dialog-dialog lucah  dan kotor.

Kami bagi 4 bintang!

Saksikan filem Cicakman 3 menerusi Astro First!

March 29, 2015

AZIZ M OSMAN PULAK LAYAN BUAT FILEM SERAM?



Setelah sekian lama menyepi, Aziz M. Osman yang pernah meletop dengan filem-filem arahannya seperti Fenomena dan XX-Ray, kembali dengan buah tangan terbaru, iaitu Jengka.

Filem ini yang diangkat dari kisah benar ini mengisahkan tentang seorang wanita hamil yang sedang melarikan diri di ladang kelapa sawit di Jengka ditemui tidak sedarkan diri oleh penduduk kampung. Kandungannya didapati hilang. Selepas itu, banyak kejadian-kejadian seram berlaku di situ.

Filem ini dibintangi oleh Riezman Khuzaimi, Ramona Zamzam dan Raja Azri. Filem ini diterbitkan oleh Aziz M. Osman dan diarahkan oleh Ramdan Che Hassan dan Nyon Othman. Jengka sudah mula ditayangkan di pawagam bermula 26 Mac 2015.

Ikuti trailer dan di sebalik tabir Jengka di bawah ini..